Petua cantik semula jadi

Petua 1

SETIAP manusia inginkan wajah yang cantik malah ada sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit semata-mata ingin seraut wajah ibarat bintang filem Hindustan.

Sebenarnya Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan tidak perlu insan mengubah kejadian Allah dengan melakukan pembedahan plastik atau menyuntik botox untuk kelihatan cantik.

Ada juga muka mereka sentiasa sembab sehinga kurang menarik dan tidak bermaya. Ia seperti orang yang baru bangun tidur. Muka sembab akibat tidur pada siang hari dan bangun pagi selepas naik matahari. Untuk mengelak rupa begini, janganlah kerap lakukan seperti di atas dan cubalah amalan berikut

 Sebenarnya jika mahu cantik secara semula jadi, petua nenek moyang boleh dilakukan untuk memelihara wajah supaya ayu.
 Ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk kelihatan cantik, antaranya:

 •1. Ambil sebiji putih telur, 1/4camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya).

Ambil lima kuntum bunga melur sedang mekar dan lima biji badam (kupas kulitnya). Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.
•2. Ambil beras setengah kilogram, tiga biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.

Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.
•3. Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari. Amalkan tiga hingga lima kali seminggu.

 

Petua 2

MASALAH kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia, antaranya sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Janganlah tua sebelum usia.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber. Selain dari memastikan menjauhi perkara perkara diatas, cubalah petua berikut:
•1. Ambil 10 liter air dicampur dengan 500 gram daun teh (terbaik jika dapat menggunakan ‘white tea’ jenis daun teh Cina yang tidak diproses peram). Campur dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama tiga malam berturut turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.

 
•2. Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan segelas air, Ramuan dibahagi dua untuk dua kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

 
•3. Daun katuk atau cekur manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan setengah cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.

 

•4. Campurkan sebiji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah. Biarkan kering dan bilas bersih.

 
•5. Ambil dua biji pisang embuni. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Bila kering bilas bersih.

 
•6. Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, Kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga lima minit. Biarkan kering dan bilas. //Harianmetro

Bookmark and Share