Auralife

Keunikan emas
•Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.

•Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.

•Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.

•Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.

•Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.

•Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.

10 gelas air sehari untuk sihat??
ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” katanya pada prapelancaran Ekspo Pendidikan Air Tulin anjuran Elken Sdn Bhd.

Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

> Pernafasan (1 gelas air — 14 peratus)

•Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

•Peluh ( 2 gelas air — 34 peratus)

•Najis (1/2 gelas air — dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Air tulen

Air paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkir bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.

Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum? Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!

Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama. Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda! Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.

Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi tiga kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).

Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia diduduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua!

“Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.

“Penapisan dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air. Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.

“Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk dijadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang (berbalik).

“Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

“Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirnya. Lama kelamaan ia menyebabkan kilang penapis ini letih dan alami kerosakan,” katanya.

Setiap lima hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkir bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.

Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian. Menurut Long, garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan. Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi persoalan kekurangan garam galian daripada air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.

Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada empat faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika empat faktor berkenaan tidak seimbang.

Bagi meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan sumber air, anda boleh membawa anak mengunjungi ekspo pendidikan di Pusat Konvensyen Elken, Jalan Klang Lama, bermula hari ini (23 Mei) hingga 16 Ogos depan yang dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga 8 malam (Isnin hingga Jumaat) dan jam 10 pagi hingga 6 petang (Sabtu dan Ahad).

Masalah pemakaian lampin
PERNAHKAH anda melihat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang cergas dan petah bercakap tetapi masih memakai lampin pakai buang? Tidakkah pada usia ini (terutama apabila sudah pandai bercakap), mereka tidak lagi memerlukan lampin kerana boleh memberitahu ibu bapa jika mahu ke tandas?

Ada ibu bapa berpendapat, penggunaan lampin pakai buang yang ditambah dengan ciri-ciri perlindungan tambahan terhadap kebasahan menyebabkan kanak-kanak lambat belajar untuk ke tandas. Walaupun tiada kajian khusus, kanak-kanak yang memakai lampin kain lebih cepat dan mudah diajar untuk ke tandas.

Malah ada kanak-kanak tidak lagi memakai lampin apabila memasuki umur dua setengah tahun. Ini kerana lampin kain lebih cepat basah dan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini boleh mengaitkan antara rasa hendak kencing dengan ketidakselesaan apabila lampin mereka basah.

Kajian mendapati hampir 95 peratus ibu bapa di Amerika Syarikat memilih lampin pakai buang untuk anak mereka. Rasanya keadaan tidak jauh berbeza di negara kita kerana lampin pakai buang kini menjadi pilihan utama, sama ada di kalangan ibu yang bekerja mahupun suri rumah tangga. Antara sebabnya ialah ia lebih mudah, selesa dan praktikal untuk ibu dan anak, terutama jika berjalan jauh. Namun segelintir ibu bapa masih memilih lampin kain atas alasan:

•Lebih selesa

•Kurang masalah ruam lampin kerana lampin yang dibuat daripada kain kapas mempunyai pengudaraan baik.Ia akan segera ditukar apabila basah dan mengurangkan risiko ruam lampin Bagaimanapun pendapat ini masih dipertikai kerana lampin pakai buang kini direka supaya bayi lebih kering dan ia sekali gus dapat mengurangkan risiko ruam lampin. Namun, baik lampin pakai buang atau kain, yang penting ia perlu ditukar apabila basah atau dua jam sekali bagi lampin kain dan tiga hingga empat jam sekali bagi lampin pakai buang

•Bayi lebih cepat belajar ke tandas

•Lebih menjimatkan

•Tidak akan membebankan bumi Memang benar, penggunaan lampin kain, termasuk lampin kain kapas organik, lebih menjimatkan kerana tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Jika dijaga dengan baik, ia boleh disimpan untuk kegunaan anak seterusnya! Secara purata, bayi baru lahir menggunakan lapan hingga 12 helai lampin sehari dan berkurang kepada enam hingga lapan helai apabila berusia lapan atau sembilan bulan. Jika mahu menggunakan lampin kain, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu hingga tiga dozen lampin. Lampin kain sepatutnya tidak bocor. Kebocoran hanya akan berlaku apabila:

•Lampin tidak ditukar dengan kerap. Ini adalah masalah biasa apabila ibu bapa bertukar daripada lampin pakai buang kepada lampin kain. Lampin kain perlu ditukar sekurang-kurangnya dua jam sekali atau apabila perlu

•Lampin dicuci dengan sabun yang kuat dan pelembut fabrik. Sesetengah sabun dan semua pelembut fabrik akan menyalut lampin supaya ia kalis air. Jika anda menggunakan lampin kain, seelok-eloknya guna air panas untuk bilasan terakhir bagi menyingkir saki baki sabun. Ia juga bertujuan membunuh kuman Persoalannya, adakah benar lampin pakai buang akan membebankan bumi? Kajian mendapati sama ada lampin pakai buang atau lampin kain, kedua-duanya memberi kesan negatif kepada bumi dengan cara berbeza.

Lampin pakai buang memerlukan lebih bahan mentah untuk dihasilkan dan memenuhi tapak pelupusan sampah kerana ia mengambil masa yang sangat panjang untuk hancur dan lupus. Lampin kain pula menggunakan banyak bahan pencuci, air dan elektrik untuk membersihkannya. Kajian di United Kingdom yang dijalankan Rangkaian Alam Sekitar Wanita (WEN) pada 1991 mendapati lampin pakai buang menggunakan 20 kali ganda bahan mentah, tiga kali ganda tenaga, dua kali ganda air dan menghasilkan enam kali ganda sisa pepejal berbanding lampin kain.

Timbul pula kebimbangan merebaknya bakteria daripada lampin pakai buang tetapi Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menegaskan, lampin pakai buang terletak dalam kategori bahan yang selamat untuk dibuang memandangkan sistem pelupusan sampah di sana diselenggara dengan baik. Namun di negara kita ia masih menjadi kebimbangan kerana segelintir masyarakat mementingkan diri dan kurang peka terhadap isu ini apabila membuang lampin pakai buang (termasuk berisi najis) merata-rata, terutama di tempat rekreasi awam seperti sungai dan air terjun. Pilihan terletak di tangan anda. Sama ada lampin pakai buang atau kain, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting ialah, di samping memastikan anak sentiasa dalam keadaan bersih, kita perlu menjaga kebersihan tangan.

Apabila anda menukar lampin, alas punggung anak dengan pelapik khas. Cuci tangan dan pelapik ini setiap kali selesai menukar lampin. Jangan tukar lampin di atas lantai tanpa alas kerana anda bukan saja memindahkan bakteria ke lantai, malah boleh membuatkan air sembahyang terbatal jika terpijak bahagian ini. //hmetro

Outrageous Aircraft Graffiti

Petua cantik semula jadi
Petua 1

SETIAP manusia inginkan wajah yang cantik malah ada sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit semata-mata ingin seraut wajah ibarat bintang filem Hindustan.

Sebenarnya Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan tidak perlu insan mengubah kejadian Allah dengan melakukan pembedahan plastik atau menyuntik botox untuk kelihatan cantik.

Ada juga muka mereka sentiasa sembab sehinga kurang menarik dan tidak bermaya. Ia seperti orang yang baru bangun tidur. Muka sembab akibat tidur pada siang hari dan bangun pagi selepas naik matahari. Untuk mengelak rupa begini, janganlah kerap lakukan seperti di atas dan cubalah amalan berikut

Sebenarnya jika mahu cantik secara semula jadi, petua nenek moyang boleh dilakukan untuk memelihara wajah supaya ayu.

Ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk kelihatan cantik, antaranya:

•1. Ambil sebiji putih telur, 1/4camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya).

Ambil lima kuntum bunga melur sedang mekar dan lima biji badam (kupas kulitnya). Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

•2. Ambil beras setengah kilogram, tiga biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.

Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

•3. Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari. Amalkan tiga hingga lima kali seminggu.

Petua 2

MASALAH kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia, antaranya sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Janganlah tua sebelum usia.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber. Selain dari memastikan menjauhi perkara perkara diatas, cubalah petua berikut:

•1. Ambil 10 liter air dicampur dengan 500 gram daun teh (terbaik jika dapat menggunakan ‘white tea’ jenis daun teh Cina yang tidak diproses peram). Campur dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama tiga malam berturut turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.

•2. Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan segelas air, Ramuan dibahagi dua untuk dua kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

•3. Daun katuk atau cekur manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan setengah cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.

•4. Campurkan sebiji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah. Biarkan kering dan bilas bersih.

•5. Ambil dua biji pisang embuni. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Bila kering bilas bersih.

•6. Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, Kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga lima minit. Biarkan kering dan bilas. //Harianmetro

Amalan sunat ibu semasa mengandung dan selepas melahirkan anak
Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Amalan ibu mengandung merupakan satu pendidikan awal kepada bayi didalam perut.

Di antara amalan-amalan sunat  ibu mengandung ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

MENGURUS TEMBUNI

Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.

Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita. Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya. Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.

Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.

Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam.

Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman. Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:

“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah) kamu”.

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

Amalan ibu mengandung bakal menentukan bayi yang akan dilahirkan.

Bahayanya kebas kaki dan tangan
HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan. KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu. Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai. “Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah. Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya. Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa. “Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf. “Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf. Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut. Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

Berhati-hati dengan penipuan internet
Orang ramai yang menggunakan internet untuk berkenalan dinasihatkan berhati-hati dengan sindiket yang cuba memperdaya dengan mengarahkan mereka mendepositkan wang bagi menuntut hadiah, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata terdapat berbelas kes membabitkan mereka yang berkenalan menerusi ruangan sembang di internet diperdaya oleh kenalan siber mereka kononnya ada ole-ole dikirimkan melalui pos tetapi tidak dapat disampaikan kepada mereka kerana kiriman itu terkandas di pihak kastam ekoran cukai belum dibayar.

Sindiket itu kemudian mengarahkan kenalan mereka di Malaysia untuk mendepositkan sejumlah wang dan ada yang sehingga RM5,000 bagi menuntut hadiah berkenaan ke dalam akaun tertentu yang sebenarnya milik anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai kastam. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pameran Pencegahan Jenayah di Universiti Teknologi MARA di sini hari ini, Khalid berkata pihaknya sedang mencari tiga lelaki Afrika kerana kes melarikan seorang budak lelaki warga Indonesia semalam.

Budak lelaki itu, bagaimanapun ditemui polis di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang awal pagi tadi ketika berlegar-legar di luar balai pelepasan dan kini disatukan dengan ibunya yang berumur 30-an.

Ibu dan anak itu dihantar ke Kedutaan Indonesia bagi diberi bantuan yang diperlukan, katanya.

Khalid berkata wanita itu mendakwa datang bersama anaknya ke KLIA untuk bertemu dengan kenalannya seorang warga Afrika dan mereka dibawa dengan kereta oleh kenalannya dan dua lagi warga Afrika semalam.

Bagaimanapun, setibanya di Kota Damansara wanita itu bertengkar dengan kenalannya lalu ditinggalkan di tepi jalan di sana manakala anaknya serta beg pakaian, komputer riba dan wang tunai US$900, beberapa ratus ribu rupiah dan sejumlah wang tunai ringgit Malaysia dibawa pergi tiga lelaki Afrika itu pada jam 9 malam tadi.

Khalid berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita itu yang mendakwa kononnya beliau Setiausaha kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada jam 1.30 pagi tadi. Bagaimanapun, pemeriksaan dengan Kedutaan Indonesia, mendapati dakwaan wanita itu tidak benar.

Siasatan awal terhadap kanak-kanak itu mendapati beliau dibawa ke sebuah apartmen dan diberikan permainan “Playstation” sebelum dihantar dengan teksi ke KLIA. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis meminta pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak itu ke KLIA supaya tampil membantu siasatan.-hmetro

Tips memilih minyak wangi yang sesuai
Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.

Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.

Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

Minyak wangi mencerminkan imej
BIARPUN sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.

Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.