Masalah pemakaian lampin
PERNAHKAH anda melihat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang cergas dan petah bercakap tetapi masih memakai lampin pakai buang? Tidakkah pada usia ini (terutama apabila sudah pandai bercakap), mereka tidak lagi memerlukan lampin kerana boleh memberitahu ibu bapa jika mahu ke tandas?
Ada ibu bapa berpendapat, penggunaan lampin pakai buang yang ditambah dengan ciri-ciri perlindungan tambahan terhadap kebasahan menyebabkan kanak-kanak lambat belajar untuk ke tandas. Walaupun tiada kajian khusus, kanak-kanak yang memakai lampin kain lebih cepat dan mudah diajar untuk ke tandas.
Malah ada kanak-kanak tidak lagi memakai lampin apabila memasuki umur dua setengah tahun. Ini kerana lampin kain lebih cepat basah dan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak ini boleh mengaitkan antara rasa hendak kencing dengan ketidakselesaan apabila lampin mereka basah.
Kajian mendapati hampir 95 peratus ibu bapa di Amerika Syarikat memilih lampin pakai buang untuk anak mereka. Rasanya keadaan tidak jauh berbeza di negara kita kerana lampin pakai buang kini menjadi pilihan utama, sama ada di kalangan ibu yang bekerja mahupun suri rumah tangga. Antara sebabnya ialah ia lebih mudah, selesa dan praktikal untuk ibu dan anak, terutama jika berjalan jauh. Namun segelintir ibu bapa masih memilih lampin kain atas alasan:
•Lebih selesa
•Kurang masalah ruam lampin kerana lampin yang dibuat daripada kain kapas mempunyai pengudaraan baik.Ia akan segera ditukar apabila basah dan mengurangkan risiko ruam lampin Bagaimanapun pendapat ini masih dipertikai kerana lampin pakai buang kini direka supaya bayi lebih kering dan ia sekali gus dapat mengurangkan risiko ruam lampin. Namun, baik lampin pakai buang atau kain, yang penting ia perlu ditukar apabila basah atau dua jam sekali bagi lampin kain dan tiga hingga empat jam sekali bagi lampin pakai buang
•Bayi lebih cepat belajar ke tandas
•Lebih menjimatkan
•Tidak akan membebankan bumi Memang benar, penggunaan lampin kain, termasuk lampin kain kapas organik, lebih menjimatkan kerana tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Jika dijaga dengan baik, ia boleh disimpan untuk kegunaan anak seterusnya! Secara purata, bayi baru lahir menggunakan lapan hingga 12 helai lampin sehari dan berkurang kepada enam hingga lapan helai apabila berusia lapan atau sembilan bulan. Jika mahu menggunakan lampin kain, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu hingga tiga dozen lampin. Lampin kain sepatutnya tidak bocor. Kebocoran hanya akan berlaku apabila:
