Amalan sunat ibu semasa mengandung dan selepas melahirkan anak

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

 

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Amalan ibu mengandung merupakan satu pendidikan awal kepada bayi didalam perut.

 

Di antara amalan-amalan sunat  ibu mengandung ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

 

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

 

>> Baca selanjutnya